Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 31, 2013

Keje part-time hubby saya...

sebabkan esok cuti rasenyer bleh la kot mlm ni tdo lwt sket...sbb xpyh bgn awl kn esok..pas subuh bleh hentam smpai tghariii..haha..so,i feels like nk update blog skit..seems like now im using my hubby's old lappy..godek2 lappy ni jumpa la gmba2 photoshoot dia yg dolu2..yer la time die tgh hangat tergila2 kn dunia photography ni...then, dari terperuk jek kt lappy ni baik aku upload kt my blog..kot2 la ade sape2 terrrtgk gmba2 tu...teringin plak nk suh my hubby wat photoshoot kn..hehehe














 
ni jek aku larat nk upload...0.005% daripada koleksi gambar2 yg hubby penah amik ngan DSLR dia..hehehe...ade jugak my hubby amik gmbar org2 kahwin..tp mane tah dio letak gmbar2 tu..
Normally, kami amik order tuk wedding photoshoot ni during school holiday jek...yer la..hubby keja sarawak..so time school holiday yg dia byk free and bleh wt photoshoot kt semenanjung ni...si for those yg interested nak my hubby jd photographer korang..roger2 la yer..haha.sempat lg promote tu...harga sgt2 berpatutan dgn pakej akad nikah,wedding,ade cd and costum album skali...=)

Monday, January 21, 2013

i'm in office n i'm boredddd

Yess it is!xpayah la aku nk describe title tu kan..tgk gambar bwh tu pn dh tau kn what i feel inside rite know..a picture tells a thousand wordss..hahaha..btw,comel budak kt bwh ni..
sooo booooriiiiinggggg ok...hahahaha
Ok..while waiting for lunch hour ni..nk story la skit pasal the check-up yg aku br jek pegi this morning. Check-up yg ke-33 minggu..meaning that I am 8months and 1 weeks carrying this litle baby ni here and there.Alhamdulillah..xde masalah yg teruk2 baby bg kt momma ek..love u my baby..muah3!sampai penah aku terlupa yg aku tgh pregnant..penah dulu masa early stage of my pregnancy..aku lompat turun katil..i mean stood up on the bed n lompat ke bwh(sbb mls nk turun slow2)..pastu kena marah ngan hubby..ok then bru tringat balik that i was pregnant..sory baby..momma xsengaje..So as usual, aku g check up kt KKIA ttdi la..d most nearest clinic and mmg xramai org..sampai kul8++..kul 9 dh setel..cpt kn? Dats y i like to go there..mcm bese,check berat(xnaik sgt, still berat xsampai 60kg pn..hehe), blood pressure, urine test, nurse ukur perut, check heart beat baby, baby's position..alhamdulillah seme2 nye in normal conditions..and the last thing..nurse bagi ceramah..today's ceramah pasal baby kena jaundice...cam biase aku menguap dpn nurse tu tggu dia abiskan cerita..tp ade jugak la tnya 1,2 soalan kan..compare to KK kt seksyen 19 s.alam yg aku pegi dlu..kl pegi at 8 am around 11-12pm bru setel..perghhh tiap kali check up tiap kali tu la aku ase nk mengamok...ramai n lambat giler ok.even kt TTDI ni xbleh nk scan, tp as long as the baby condition is ok..aku dh rase happy...1 thing aku suka about having check-up dkt KK ni sbb bleh g ari keje and bleh masuk opis lwt n of course la free kn..=)
untill now..aku baru 4 kali scan..1st mase nk konfem kn dat im pregnant(even masa tu mmg dh konfem pn,dgn buat UPT) kt Hosp Umra, 2nd time 2weeks after..cos doc nk tgk baby development mase tu..sbb baby cam kecik sizenya, kt Umra jugak..then third dkt KK S.19 mase to dh 13minngu,doc nk konfemkan due date sbb due date mcm lari jek dgn PMD nyer due date..and the fourth kt klinik Normah kt bwh umah aku..sbb nk tgk boy or gal and nk tgk condition baby..sbb dh lame xtgk baby..rindu plak..alhamdulillah baby is doing good in momma's womb=)..mase tu dh 26 weeks ++ tp frust sbb tu scan 2d jek..mummy n daddy dh xsbr nk tgk bby and mls nk cari klinik yg offer 3d,4d scan ni..(actually dh lama survey tp tah..xsempat nk pegi)...and sekarang before deliver,by hook or by crook nk jgk tgk si kecik ni..ingt nk g bila hubby dh blk..n mase tu baby dh almost 36weeks..n as we know at that time,we cannot do the 3d,4d scan due to d decreasing of amniotic fluid and the baby size is getting bigger. so kalo scan pn x clear..tp tgk dlu camne condition..kalo x 2d scan jugak la jwbnyeee=(..kena tggu 2nd baby(5 taun lg) la plak nk wat 3d,4d scan...=)
ok,dh lunch hour..jom mkn!daaaaa!

Tuesday, January 15, 2013

32 weeks pregnancy 0_o

Pejam celik pejam celik...I'm already in 32 weeks pregnancy..Alhamdulillah!!di kurniakan kesihatan yg baik sepanjang pregnant ni...lagi tinggl more or less 2 months lagi..then InShaAllah kami dh bleh jumpa our litle precious ni..dh enter the 32 weeks pregnancy mcm2 la symptom2 yg baru2 happen to my body..contoh body temperature makin naik..tiap mlm nk tdo aku kna mkn eskrem or anything yg cold temp..untuk lower my body temp..but actually it does not really work because..kejap jek sejuk then jadi panas blk..sekarang tdo2 mlm aku pn terganggu..by many factors,,such as panas,baby kicking2..lenguh pinggang,sakit perut(sumtimes)..hoho..tp from what i have read trough internet..mmg tu symptom2 org yg counting days cam aku ni la..kan best kalo i am not alone..at least if my hubby is here ade org bleh masssage2 ye tak?..kurang skit sengal2 pinggang ni..kdg2 biler dh rase sakit perut tu + sakit pinggang tu aku dh cuak dh..bukan ape takot dh nk bersalin..haha..tp ekcely tu Braxton hick contraction jek n its not happen consistantly mcm true contaction tu.."baby cyg,nnti baby keluar time seme org ade k, especially papa.."

Sunday, January 6, 2013

terasa nk minum air kelapa laut fresshhhhh & oriii



tiba2 kn?menidam ke ape?in 31 weeks pregnancy ni ade org mengidam lg ke?tp ni kira ok la..sbb throughout my pregnancy i xpernah mengidam bnda pelik n yg susah nk cari..paling2 pn tuty fruty, buah duyan..yg senang2 sgt org jumpe..and this time i feel like drinking air kelapa laut yg ade buah kt dalam tu yg fresh..last time aku mnum that juice mase prktikal kt gebeng..kt kuantan sana mmg byk air kelapa laut..u can say that every restaurant have that drinks.tp aku suka yg kt 1 restraurant tu ape nama tah..otw nk p tanjung lumpur..emm besttnyeee...my lovely hubby plsss take note...=p


tu dia...tu dia...tgk tu gambaq dia dgn buah yg besaq2...fuh melelehhhh(apesal tiba2 loghat kedah niiiii?)

Tuesday, January 1, 2013

perkahwinan jarak jauh or PJJ

there's nothing to jot down here regarding the topic.n yes i'm going through that situation right now..n its getting more painful when u're pregnant, living alone and always need somebody by ur side...uwaaaaa!Tp nothing we can do, unless just bear with this. how long?Only God knows.Hope this 2013 will give us muchhh2 more happiness..harap segalanya dipermudahkan..dgn kelahiran baby kami yg ditunggu2 dgn jaya n selamatnye..dan plg kami harap2 kn sejak sekian lama my hubby dpt n berjaya tukar ke semenanjung (spesifically, KL). today new year 1/1/13 lagi 39days baru dpt jumpa hubby..lamanyerrrr...n yesss penantian itu satu penyeksaan.ok.dulu before n mula2 kahwin mcm ok jek PJJ ni...still can handle but sekarang i think i cannot handle it anymore..malas nk ckp byk.sbb all i know now is i miss my hubby so much...ehem2  arini ulang bulan perkahwinan kami yg ke-7..=)..i love u hubby n i hope akan bertambah2 kasih syg between us sammmpai akhir hayat..=)

Eh dh kawen eh?xde pn update kt blog psl wedding ke or preparation for wedding ke kan?xpe la janji seme dh selamat..hehe.nanti update psl our baby terus la yek=)

sekadar renungan di permulaan tahun baru...


Perkahwinan jarak jauh jarang berlaku atas kehendak pasangan yang berumahtangga. Lazimnya ia berpunca daripada komitmen kepada kerja seperti doktor, jurutera carigali, guru malah mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kita perlu ingat, manusia dikurniakan oleh Allah kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran hatta dalam situasi yang paling sukar. Justeru, kemampuan seorang suami dan isteri menyesuaikan diri dengan jarak yang memisahkan mereka, tidak harus menjadi satu-satunya penentu kepada baik atau tidaknya PJJ itu.
Perkahwinan ada tujuan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Room 30: 21]
Rumahtangga adalah tempat manusia mengecap damai. Sakinah dikurniakan Allah apabila seorang suami berada di sisi isteri, dan demikian juga sebaliknya. Inilah faktor terbesar mengapa di zaman Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, beliau membuat polisi tidak membenarkan tentera keluar berperang meninggalkan isterinya lebih daripada empat bulan, atau enam menurut pendapat lain.
Suatu malam, Umar mendengar seorang wanita menyanyikan sebuah syair yang menimbulkan rasa takut yang luar biasa kepada Amir al-Mu’minin:
Malam ini terasa panjang,
Aku dibalut kegelapannya,
Mataku enggan lena,
Tiada teman untuk bersenda,
Demi Allah, jika tidak kerana takutku kepada-Nya,
Bergoncanglah katil ini dari sisi ke sisi!
Umar memanggil wanita itu dan bertanyakan perihal dirinya. Beliau menceritakan keadaan dirinya yang ditinggalkan suami atas misi ketenteraan untuk satu tempoh yang panjang. Mendengar akan hal itu, Umar bertanya kepada anak beliau, Hafsah radhiyallahu ‘anha, yang ketika itu adalah balu kepada Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Soal beliau “berapakah tempoh seorang wanita mampu berpisah dengan suaminya?
Hafsah menjawab, “empat bulan!”
Lalu Umar menetapkan polisi agar tenteranya tidak pergi menyertai misi ketenteraan lebih daripada empat bulan.
Seorang suami yang meninggalkan isteri kerana kekangan kerja, harus untuk meninggalkannya lebih daripada tempoh itu jika isteri memberi restu. Hak yang terbabit adalah hak isteri untuk digauli oleh suaminya. Namun apakah kita secara mudah mengambil pilihan yang paling berisiko itu? Apakah harga yang mampu dibayar atas kehilangan masa-masa yang berharga, tambahan pula jika anak-anak turut terbabit sama.
Isteri mempunyai hak ke atas suami.
Suami mempunyai hak ke atas isteri.
Anak-anak, mudah-mudahan dikurniakan rezeki beroleh anak, juga ada hak ke atas ibu dan bapa.
Kesempurnaan fizikal, mental, emosional, spiritual, memerlukan didikan dengan kombinasi ayah dan ibu. Andai berpisah nyawa, atau talaq sudah membataskannya, tiadalah banyak yang boleh dikata. Namun dengan sengaja membiarkan jarak memisahkan suami dan isteri ketika pilihan yang lebih baik itu ada, falaa yalumanna illa nafsah, yakni janganlah disalahkan sesiapa kecuali dirinya sendiri!
Berusahalah untuk segera kembali bersama.
Di satu sudut yang unik di Malaysia, jururawat yang mahu bekerja di negara Arab, mesti berbincang dengan baik bersama suami. Tempoh kerja mestilah mematuhi perjanjian yang disepakati. Jangan sewenang-wenangnya membiarkan suami di tanah air. Jangan biarkan dirimu selesa dengan perpisahan itu.
Antara keelokan Islam, ia bukan sahaja memuliakan pernikahan, malah tegas menutup pintu-pintu fitnah dan kemusnahan.
Berusahalah!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com